Sabtu, 10 Julai 2010

Siswazah Bambongan

Tamat pengajian pada 8hb mei 2010, insyaAllah konvo pada bulan october nanti. 4 tahun berada di universiti malaysia sabah bukan singkat, Alhamdulillah dapat lalui dengan semanfaat mungkin. selepas tamat peperiksaan semester akhir, aku mengambil keputusan tuk balik ke Daerah Bertuah Tawau, walau ramai rakan tawau yang lain memilih untuk menetap sementara di bandaraya kota kinabalu memandangkan pasaran kerja lebih baik yg terdapat di sini berbanding di Tawau. Di Tawau, hanya permohonan guru ganti yang ku pohon. sementara menunggu panggilan guru ganti, aku dengan rasminya menjadi bambongan (penganggur) sepenuh masa di rumah. menyebut perkatan bambong ni bukanya best, digambarkan sebagai kesempitan, poket kosong, pikiran kosong.... tp Alhamdulillah, sepanjang aku bergelar bambongan, banyak yg telah ku pelajari >> antaranya membersihkan semak d perkarangan rumah, menanam sayur, membaiki wayar lampu yg dah berbulan terbiar, menjaga anak buah dan banyak lagi.. alhamdulillah pokok kepayas ngan terung dah menunjukkan sedikit hasil.... jd siapa bilang bambong tu useless? dari kita ba jak tu....

0 ulasan:

Catat Ulasan