Sabtu, 10 Julai 2010

"Brain stroming"

Hari pertama aku melapor diri di sekolah, dah kena temuduga oleh Pengetua, dia nak uji aku kerana menurutnya siswazah pendidikan sekarang yang memohon untuk menjadi guru kurang berkualiti. semmangnya isu yang diketahui oleh semua bakal graduan pendidikan.

berikut sedikit perbualan antara saya dengan pengetua:

Pengetua: Adakah cikgu zul benar2 ada keinginan sepenuh hati untuk menjadi guru. (secara mengejut dan tegas)
saya: Ya (agak lambat kuberikan jawapan kerana stuck (tym kencang2 dikasi kejut), tp sedar dengan cara itu dia bole tahu keikhlasan saya tuk menjadi guru, dia da berumur 2x ganda dr aku.. huhu)

Pengetua: Siswazah pendidikan sekarang begitu kurang pengetahuan, sehinggakan ada yang tidak tahu apa itu KURIKULUM, jd cikgu zul sebagai siswazah pendidikan, apa yg dimaksudkan dengan KURIKULUM.
saya: erm set kadungan pengetahuan ilmu yang kita perlu sampaikan kepada pelajar seperti yg terdapat dalam HSP. huraian sukatan pelajaran.
Pengetua: jawapan betul tp x lengkap. kalau jawapan siswazah dia lengkap. Sepatutnya cikgu zul jawap " KURIKULUM adalah satu set kandungan ilmu pengetahuan dalam bentuk HSP, yang disediakan oleh.... yang perlu guru sampaikan kepada pelajar secara Formal dalam bilik darjah..... dengan menggunakan kaedah2 ........ berdasarkan penilaian2... bla bla bla.... " jd cikgu kena ambil peluang semasa menjadi guru ganti ini untuk mencari ilmu, bertanya kepada guru lama, memang cikgu belajar di uni banyak teori tp secara praktikal kena pelajari juga...
saya : InsyaAllah

Pengetua: Selain cikgu zul bole mengajar dalam bilik darjah, apa kah kelebihan lain yg cikgu ada.

** yg ni aku jawap dengan baik.

Pengetua: jd ya cikgu zul ini antara soalan2 yg akan ditanya ketika temuduga nanti, jd cikgu kena sedia la, hayati dan selami falsafah penddikan kebangsaan.

banyak lagi soal-jawap antara aku dengan tuan pengetua, cuma nak kongsi yg part ni jak.. harap dapat membantu kita kawan2 dalam persediaan menghadapi temuduga nanti. insyaAllah.

0 ulasan:

Catat Ulasan