Khamis, 29 Julai 2010

Ujian Insak

aku sempat bertanyakan kepada beberapa orng guru berpengalaman berkenaan dengan ujian INSAK. dahulunya aku mendengar, tuk menjawap ujian INSAK ni kita kena jujur kerana dia menilai keseimbangan peribadi kita sebagai bakal guru. tenyata itu meleset sama sekali.

petua yang aku diberitahu.

1. Biar apa pun soalannya, kita mesti menjawap berpaksikan kepada matlamat "UNTUK MENJADI SEORANG GURU YG PROFESIONAL DAN BERDEDIKASI".

semoga kita berjaya kawan2, teman2, konco, geng, pok dan segala yg lain. Ameen.

Jumpa d poli !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

isu2 tuk interview.

selain soalan2 yg dalam tajuk "brain storming" bawah tu, aku baca tajuk2 ni sebagai persiapan ke interview. disoal atau x ketentuan Allah. insyaAllah banyak kita sedia, keyakinan tuk menjawap nnt ada.

1. SIP (school improvement programme) - pogram lanjutan drp berakhirnya pelan induk pembangunan pendidikan, PIPP. Aku x pernah dengar pogram ni, tp diberitahu oleh seorang guru veteran tempat aku mengajar sebagai guru ganti sekarang. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/5/12/nation/6226630&sec=nation

2. Bidang keberhasilan utama negara (NKRA), beri keutamaan kepada bidang pendidikan, jgn abaikan 5 bidang yg lain. hasil dr ini, lahirlah penjenamaan sekolah iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi, jd cari lah sedikit pasal SBT ni ya.

3. isu MBMMBI - memartabatkan bahasa melayu memperkasakan bahasa inggeris.

4. hayati falsafah pendidikan negara, dr situ cuba rungkaikan fungsi pendidikan dr aspek kepentingan kerajaan. Juga dinasihatkan oleh seorang guru veteran.

5. struktur kpm dan struktur pentadbiran sekolah.

6. teori p&p - umum. selalunya drng yg sudah pernah ditemuduga, penemuduga akan beri kes dan apa yg akan kita lakukan. lebih kepada class management.

7. nilai profesion pendidikan. kenapa mau jd cikgu? pandangan serong dan sinis masyarakat terhadap guru - beban guru, isu yg panas? bayangkan kalau kamu dpostingkan d pedalaman yg serba kekurangan......

8. terlebih advance jgn sampai lupa yg basic. cr2 definisi2 istilah2 pendidikan. ingat pesan miss crispina.


sekian ni yg aku fokuskan tuk menghadapi interview pada 5hb nanti. kita kongsikan apa yg kita ada, insyaAllah keberkatan tu ada..... kalau kamu ada tajuk lain yg perlu kita ambik tahu, minta dikongsikan ya.... doakan kita semua berjaya menjadi pendidik tuk negara, bangsa dan negara.

Ahad, 11 Julai 2010

Brain Storming

Pembetulan tuk tajuk post di bawah ya... adei mcm mana ni guru bi bole salah eja.. ok cover line >>> silap taip... haha

Sabtu, 10 Julai 2010

"Brain stroming"

Hari pertama aku melapor diri di sekolah, dah kena temuduga oleh Pengetua, dia nak uji aku kerana menurutnya siswazah pendidikan sekarang yang memohon untuk menjadi guru kurang berkualiti. semmangnya isu yang diketahui oleh semua bakal graduan pendidikan.

berikut sedikit perbualan antara saya dengan pengetua:

Pengetua: Adakah cikgu zul benar2 ada keinginan sepenuh hati untuk menjadi guru. (secara mengejut dan tegas)
saya: Ya (agak lambat kuberikan jawapan kerana stuck (tym kencang2 dikasi kejut), tp sedar dengan cara itu dia bole tahu keikhlasan saya tuk menjadi guru, dia da berumur 2x ganda dr aku.. huhu)

Pengetua: Siswazah pendidikan sekarang begitu kurang pengetahuan, sehinggakan ada yang tidak tahu apa itu KURIKULUM, jd cikgu zul sebagai siswazah pendidikan, apa yg dimaksudkan dengan KURIKULUM.
saya: erm set kadungan pengetahuan ilmu yang kita perlu sampaikan kepada pelajar seperti yg terdapat dalam HSP. huraian sukatan pelajaran.
Pengetua: jawapan betul tp x lengkap. kalau jawapan siswazah dia lengkap. Sepatutnya cikgu zul jawap " KURIKULUM adalah satu set kandungan ilmu pengetahuan dalam bentuk HSP, yang disediakan oleh.... yang perlu guru sampaikan kepada pelajar secara Formal dalam bilik darjah..... dengan menggunakan kaedah2 ........ berdasarkan penilaian2... bla bla bla.... " jd cikgu kena ambil peluang semasa menjadi guru ganti ini untuk mencari ilmu, bertanya kepada guru lama, memang cikgu belajar di uni banyak teori tp secara praktikal kena pelajari juga...
saya : InsyaAllah

Pengetua: Selain cikgu zul bole mengajar dalam bilik darjah, apa kah kelebihan lain yg cikgu ada.

** yg ni aku jawap dengan baik.

Pengetua: jd ya cikgu zul ini antara soalan2 yg akan ditanya ketika temuduga nanti, jd cikgu kena sedia la, hayati dan selami falsafah penddikan kebangsaan.

banyak lagi soal-jawap antara aku dengan tuan pengetua, cuma nak kongsi yg part ni jak.. harap dapat membantu kita kawan2 dalam persediaan menghadapi temuduga nanti. insyaAllah.

"Tempat lepak Bagus punya"

SMK Titingan sebuah sekolah yg sangat kecil, hanya memiliki 8 bilik darjah, jd skolah ni bole muat kira2 500 pelajar sahaja, terbahagi 2 sesi pagi dan petang. Sidag petang mempunyai kira2 12 orang guru sahaja, 4 org guru lelaki termasuk saya. yg menghairankan, setiap kali aku masuk bilik guru yg sesak itu, hanya aku sahaja guru lelaki, yg lelaki lain x tau p mana.... suatu hari aku datang awal ke sekolah, sekitar 11.50 pagi, bilik guru dipenuhi guru sidang ptg dan pgi... tp semuanya pompuan... naik rimas aku, aku mencari guru lelaki yang lain tuk lepak sama... cari punya cari, jumpa 2 orang lepak dalam bilik komputer sekolah... wah... "Baik punya......." sejuuuukkkk ada aircond, internet>> layan fcbk!!!... x da gangguan.... aku pon tumpang la lepak sambil menunggu kelas sesi petang bermula.x bole jugak salahkan guru lepak dlam bilik komputer tu, bilik guru sedia ada sesak, panas bersebelahan dengan bilik darjah sememangnya x tenteram.... lebih2 lagi kaum adamnya kepupusan.....

Dengar nya bulan october SMK Titingan akan berpindah ke Bangunan baru. Tp x tau la, projek tu projek sakit, nampak siap mcm 2 tahun lagi.....

English Form 1

Subjek yg dulunya aku x pernah berminat tuk belajar, da berdekad aku pelajari x juga terer. selepas tamatnya pengajian siswazah, x sangka subjek ni juga rezeki aku.

mengajar english form 1 ( kelas 1 b dan 1 c ).. macam2 karenah, pelajar buat hal, aku pon buat hal.. haha setakat ni da masuk mengajar 2 kali di kelas 1 c. dah dapat kenal pasti level pelajar dan trademark drg. Alhamdulillah kelas 1 c ni yg sememangnya bermasalah disiplin dapat ku kawal walau masih ada lagi yg masih perlu didekati tuk mencari pendekatan berkesan mengawal mereka.

Ramai guru memberi tahu supaya garang dan tengking sahaja pelajar, memang berkesan kerana kalau guru mereka masuk saya perhatikan memang ibarat pepatah "pinjak semut x mati", tp bukan kerana rasa hormat kepada guru, tetapi dek takut dimarahi, dimaki, dikasari . Tp buat masa ini, saya memilih untuk cuba dekati pelajar, merapati mereka tp mengekalkan gap sebagai guru dan pelajar. Pendekatan yg dahulunya berjaya ku amalkan semasa bertugas sebagai guru praktikal d SMK Entabuan Tenom harapnya dapat ku aplikasikan disini.

Masih ku Ingat pada pesan penyelia praktikalku, prof mad. Balakrisnan.... >>>> Biar pelajar "hormat" dan "segan" dengan guru... dan bukannya "takut" dengan guru. ...... InsyaAllah pesanan ni la aku akan pegang pada masa bergelar guru ganti ini dan bila bergelar Guru nanti.

" Bugis Afrika"

Piala Dunia bola sepak Afrika 2010 akan melabuhkan tirai malam ni. Siapa pasukan yg anda pilih tuk juara? sya berkecuali kerana pasukan pilihan hati setakat sampai di suku akhir sahaja. Demam piala dunia tahun ni banyak kelaian kerana bertuan rumahnya benua Afrika.

saya mahu konsi cerita hari ke-2 saya mengajar, saya masuk kelas relief 1 A. oleh kerana masih baru di sekolah ini, saya mengambil peluang untuk berkenalan dengan pelajar-pelajar. Nyatanya kebanyakan pelajar di smk Tintingan ni berbangsa bugis dan bajau.

dipendekkan cerita >>>> sampai giliran seorang pelajar ni, pendek2 gempal n sikit. bila dia perkenalkan diri tu dia kata dia bugis, ditanya bugis apa? dijawapnya Bugis Afrika.. hehe tergelak jugak aku dibuatnya walau niat awal masuk kelas td mo buat serius. balik rumah pun aku masih tergelak lagi kalau aku terimbas2, dah memang pelajar tu gelap, bota lagi.. haha jahatnya aku. tp xpa la dia jugak yg ngaku Bugis Afrika... hahahahaha

"Assalamualaikum Cikgu"

6hb july : mendapat panggilan dari pejabat ppd tawau untuk melapor diri di SMK Titingan sebagai guru ganti untuk mengantikan guru matematik tingkatan 3 yang mengambil cuti mengandung selama 2 bulan. Melapor diri pada keesokan harinya > 7hb 7 2010 pada pukul 6 pagi, atas keperluan pihak sekolah, pihak sekolah menghantar aku ke sidang petang yg kekurangn 2 orang guru. daripada asalnya mengajar matematik, aku diberikan matapelajaran bahasa Inggeris Tingkatan 1 dan pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2. aku menolak kerana jauh menyimpang dari opsyen/ ikhtisas sebenar. oleh kerana Penyelia Petang yakin untuk menyakinkan aku mengajar 2 subjek berkenaan, lebih - lebih lagi subjek Bi tu, aku pun terima la dengan kesediaan memberikan komitmen 110% meskipun sekadar guru ganti. hari pertama aku blum mendapat jadual mengajar, cuma mengisi kelas relief memanjang. masuk kelas ni la penghormatan yg aku terima >> " Assalamualaikum Cikgu". hehehehhehehe

Siswazah Bambongan

Tamat pengajian pada 8hb mei 2010, insyaAllah konvo pada bulan october nanti. 4 tahun berada di universiti malaysia sabah bukan singkat, Alhamdulillah dapat lalui dengan semanfaat mungkin. selepas tamat peperiksaan semester akhir, aku mengambil keputusan tuk balik ke Daerah Bertuah Tawau, walau ramai rakan tawau yang lain memilih untuk menetap sementara di bandaraya kota kinabalu memandangkan pasaran kerja lebih baik yg terdapat di sini berbanding di Tawau. Di Tawau, hanya permohonan guru ganti yang ku pohon. sementara menunggu panggilan guru ganti, aku dengan rasminya menjadi bambongan (penganggur) sepenuh masa di rumah. menyebut perkatan bambong ni bukanya best, digambarkan sebagai kesempitan, poket kosong, pikiran kosong.... tp Alhamdulillah, sepanjang aku bergelar bambongan, banyak yg telah ku pelajari >> antaranya membersihkan semak d perkarangan rumah, menanam sayur, membaiki wayar lampu yg dah berbulan terbiar, menjaga anak buah dan banyak lagi.. alhamdulillah pokok kepayas ngan terung dah menunjukkan sedikit hasil.... jd siapa bilang bambong tu useless? dari kita ba jak tu....